Wednesday, November 3, 2010

Social Media dan kaedah bisnes yang baru

Ini bukan buku baru tetapi isinya masih relevan untuk yang masih kabur dengan kemampuan teknologi internet, khususnya apa yang di panggil Social Media, untuk memasarkan produk serta perkhidmatan menerusi lowongan maya internet.

Penulisnya mengajak anda memahami situasi dan kaedah menjual, memasarkan serta menghebahkan khidmat/barangan anda menerusi jaringan seperti Twitter, Facebook LinkedIn dan sebagainya yang kini digunakan secara meluas oleh mereka yang mendahului saingan.

Kenapa media arus perdana seperti TV, akhbar dan majalah dikesani saingan daripada media baru ini bakal melengkapi gambaran senario revolusi media. Blog ini akan mengupas buku ini secara keseluruhan untuk faedah para pedagang, peniaga internet yang sering terpedaya dengan pelbagai tipu helah seperti slogan “buat duit dengan internet”, “jadi jutawan segera melalui Facebook” dan sebagainya. Awas! Menjadi kaya sekelip mata itu adalah modal yang diimport daripada alam nyata ke alam maya. Pastikan anda mengikuti blog ini seterusnya nanti.